MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN
Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang penuh berliku
Hanya pertolongan Mu yang aku pohon,
Agar perjalanan ini sentiasa dalam rahmatMu,
Dalam petunjukMu yang tidak akan pernah putus-putus,
Kerana aku yakin tanpa diriMu tiada ertinya perjalanan ini….
Ya Tuhanku,
Redhailah perjuanganku ini,
Demi sebuah kejayaan dalam kehidupan di dunia,
Dan demi kehidupan yang bakal menantiku,
Di sebuah tempat abadi diakhirat nanti…
Ya Tuhanku,
Aku ingin memberi rasa gembira,
Rasa bahagia, rasa tenang kepada kedua ibubapaku,
Dengan kejayaan yang bakal kucipta…
Dan Tuhanku aku akan terus berusaha,
Bejuang demi masa depanku,
Demi kesejahteraan sejagat,
Bantulah aku Ya Rahman,
Dalam MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN abadi…..
note: Marilah kita menjadikan puisi ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus berjaya.. Jangan mudah putus asa sekiranya kita pernah terjatuh. Sebaliknya jadikan ia satu cabaran untuk terus berjaya... Ingat kalau mahu berjaya buatlah bersungguh2 jangan hangat2 tahi ayam.. Sentiasa berdoa pada Allah semoga dipermudahkan semua nya.. Ingat kalau ada rezeki lebih jangan berat tangan pula ye.. ingat pada orang2 yang memerlukan dan selalulah ringan tangan. Insyaallah rezeki bertambah2 nanti..
No comments:
Post a Comment